Pendidikan Hafizah Sururul Bolkiah

Yang Teramat Mulia telah memulakan pengajian formal di Sekolah Antarabangsa pada tahun 1984 dan menjalani semua peringkat- peringkat pendidikan daritadika, peringkat rendah dan menengah dalam semua mata pelajaran biasa termasuk pelajaran.

Sebagai seorang penuntu, YTM telah menunjukkan kesungguhan,sifat-sifatnya yang rajin, tekun dan setiasa suka kepada pengajian yang dihadapinya. Berikat sifat-sifat seperti ini, YTM telah lilus dalam peperiksaan PCE pada tahun 1990 dan melayakkan diri untuk meneruskan pengajiannyabdi Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan mengikut jejak kekanda-kekanda YTM. Dalam tahun 1993. YTM telah lulus peperiksaan BJCE dan dalam bulan Jun 1995 telah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan GCE peringkat biasa yang mana melayakkan YTM memasuki Maktab Duli Pengiran Muda AL-Muhtadee Billah, Gadong.

Dengan semangat serta azam yang gigih untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan YTM telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Peniagaan dengan Kepujian Kelas Kedua Atas dari Universiti Brunei Darussalam dalam Majlis Kovokesyen yang ke-14 pada 7 September 2002.

Semangat untuk berbakti kepada masyarakat dan ugama serta berbekalkan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi, YTM berkenan berkhidmat dan berbakti dalam kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Kementerian Kewangan. Semasa bertugas di kementerian ini. YTM berangkat menghadiri majlis-majlis rasmi yang dianjurkan oleh kementerian berkenaan, di saming berangkat ke majlis-majlis rasmi negara. Dalam bidang pengajian Kitab Suci Al-Qur'an, YTM sangat gemar dalam menumpukan perhatiannya antara lain berguru dengan Datin Hajah Maliha Binti Hantif, isteri Allahyarham Dato Paduka Haji Mutajab Saien. Pada 21 Mac 1996. Majlis Khatam Al-Qur'an bersama kekandanya Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Anak Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan adindanya Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ' Azemah Ni'matul Bolkiah telah berlangsung dengan penuh adat di Balai Singgahsana. Istana Nurul Iman.

Dalam kalangan rakan-rakannya semasa menuntut, YTM telah menunjukkan sebagai seorang pelajar yang berbudi bahasa, berhemah tinggi dan mesra dengan rakan-rakannya serta sentiasa menghormati guru-gurunya. Dengan kedudukan ini, YTM sangat disegani dan dikenali oleh rakan-rakan sejawatannya.

Dalam kegiatan-kegiatan luar sekolah, YTM adalah seorang yang sangat aktif dan tidak ketinggalan dalam bidang-bidang yang digemarinya. Oleh demikian YTM dihormati oleh rakan-rakannya dan disayangi oleh guru-guru YTM, berakhlak mulia dan dicontohi.